Wednesday, March 10, 2010

You Dont Have To Be GREAT to Start but You do have to START to be GREAT


Kemiskinan
kebobrokkan
Keruntuhan Moral
Kepupusan Role Model
Kehilangan Jati Diri
Ketandusan Idea dan Pemikiran
Kekangan Waktu dan Masa
Manuskrip kehidupan manusia tidak pernah lekang dari persoalan diatas. Pelbagai "ke" sering menimpa diri bertalu-talu. Namun setelah ditimpa pelbagai musibah dan cabaran mengapa dan kenapa tiada "NILAI TAMBAH DIRI".Sampai bila kita harus mempersalahkan orang lain tanpa diri sendiri tiada inisiatif untuk bangun dan mengubahnya. Lembaran sejarah sudah membuktikan alasan untuk gagal membudayakan ISLAM kerana kita memaksa diri untuk miskin, berfikiran sterotaip dan poyo. Persoalan kakitangan kerajaan dikekang dan disekat aktiviti kemasyarakatan jangan dipersoal, guru-guru dikerahkan membenarkan dan menyokong aktiviti-aktiviti politik berjalan disekolah jangan melenting dan Mahasiswa yang aktivis di U tiada peluang bekerja dengan kerajaan jangan dibisingkan. Persoalannya apa ruangan yang disediakan untuk generasi baru bakal pemimpin sekarang? Dimanakah EXIT POINT kita selaku pelajar mahupun siswa? Generasi yang lama mereka sudah dididik berfikiran MANJA dan bergantung maka sukar untuk diUBAH...namun generasi baru harus MEMBACA dan MENGKAJI!
Kita dididik untuk menjadi manja. Suka mengharpkan suapan dari insan lain. Tiada inisiatif. Dan yang palin penting TIADA PENCERAHAN MINDA. 

Malahan kita merasakan diri berada di zon yang selesa kerana "oh ibu dan bapaku boleh bantuku".."oh abang dan kakak ku kaya"..."oh kawan-kawanku banyak duit"..Walhal hari ini pergolakan politik dan ekonomi yang berkecamuk sudah jelas dan terbukti kita kena berdikari..kena berusaha..perlu maju kehadapan..hari ini ape bukti impian anak muda sangat cerah dengan pergantungan pada insan/individu atau organisasi? TIADA

Isu peguam otak bercelaru di buang parti dan tidak diterima parti lain sudah jelas membuktikan sikap dan hubungan kita menjadi asbab kita dipulaukan. Perbedaan pandangan kerjaaan perpaduan yang tiada hala tujunya menjadi bukti kelemahan pembacaan sejarah silam sebagai ukuran tindakan dan keputusan. Mengapa? sebab selalu mengalah nak campurkan taik dan mentega dan menjadi pak turut sanggup bersubahat dalam maksiat. Lihat kerjasam pada peristiwa darurat 1977 tiada hasil. malah berpecah lagi dan tertubuh berjasa. Perjuangan Melayu Islam hanya retorik semata-mata. Mengapa? Peristiwa Natrah sudah cukup menkelaskan segala-galanya. Mengapa bukan Burhannurdin Al Helmi yang dikagumi sedanga beliau lah pejuang peristiwa tersebut. Isu MB Kelantan tidak hormat Mufti Perak mengapa dipertikaikan. Kerana beliau mengkaji dan menilai sejarah berdasarkan ILMU membuat keputusan. Nak hormat sampai cium kaki baru dikira hormat. Perlaksanaan GST yang sedang dibincang dan menjadi perbincangan rang undang-undang pada 16 mac ni jelas semakin memiskinkan rakyat. 
Persoalannya ANDA hormat tak DIRI ANDA. TIDAK sebab Anda berada DI ZON SELESA.
Pencerahan minda perlu bagi anak muda sekarang. Jangan berlegar di ruang sendiri. Bagaimana ingin membina kesyumulan Islam jika insan lain pun sukar meletakkan kepercayaan dan kebergantungan pada diri kita. Mengapa tidak kita yang berjiwa muda ini HEBAT dan menguasai Politik, Ekonomi dan Sosial. Mengapa kita hanya menjadi pembaca yang setia, Pak turut yang mulia dan pengkritik yang sembang kemas. Mengapa tidak kita membina empayar di usia muda dengan mempunyai kerjaya, pengaruh, kenalan, syarikat, aset serta role model khusus dalam persoalan tarbiah dan siasah. Mengapa tidak kita menjadi ROLE MODEL kepada sekolah lama, masyarakat, orang kampung, rakan-rakan sebaya, adik beradik, ibubapa malahan negara.
AYUH BANGUN.KITA SAMA-SAMA MEMPERKASAKAN DIRI
PENCERAHAN MINDA SUKSES 
 
 


No comments:

Post a Comment