Tuesday, February 2, 2010

Gunung Ledang Endurance Challenge (29-31 Januari 2010)



MENCABAR MENTAL DAN FIZIKAL
4188 METER
BERBEKALKAN SEMANGAT DAN AZAM YANG MEMBARA
BERSAMA KITA RENANGI CABARAN DAN DUGAAN
KEEP MOVING FOWARD 

"Alhamdulillah berjaya menawan puncak" itu lah ungkapan yang terkeluar dari bibir peserta-peserta pendakian kali ini. Tahniah dan syabas kerana kejaayan yang dilakar ini banyak pengertian jika diteliti dan dihayati intipati pendakian ini dengan baik. Ia bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang untuk dicapai oleh seseorang namun hanya ketabahan mampu mendidik diri untuk mendaki...dan terus mendaki menawan puncak kejayaan. Pendakian ini sebenarnya mendidik kita untuk memahami erti sebenar kehidupan di alam nyata ini.
Sebanyak 8 check point kita tempuhi dan redahi bersama. Kita membakar semangat rakan-rakan bersama2 agar tiada istilah putus asa dan letih ketika mendaki. Walaupun ketika itu kelesuan badan dan keletihan tenaga namun pendakian tetap bersama kita teruskan.
"abang saya x larat abang jalan lah dulu" kata seorang peserta. "tak itu bukan prinsip abang..xpe abang tunggu kuatkan semangat adik mesti bole" kataku. Mungkin dari sinilah terbinanya ukhwah antara pendaki-pendaki ini kerana ketika ini kita mampu mengenal siapa rakan yang benar-benar memahami kita. Siapa yang sering memberi nasihat dan bantuan pada kita. Terbinanya ukhwah itu bukan hanya pada buku dan kata-kata namun dari keringat seseorang mempertaruhkan apa yang ada pada dirinya untuk rakan-rakan.
Pendakian kita tidak hanya terhenti disini kerana pendakian sebenar bertemu Illahi masih perlu diteruskan. Ayuh teman-teman jangan disini terhenti semangat dan azam mu. Sebagaimana engkau taruhkan dan lontarkan semasa mendaki gunung ini, sekarang buktikan pada duniamu. Teruskan cita-citamu.Teruskan impianmu.Teruskan Dakwahmu.
Those who follow the part of themselves that is great will become great. Those that follow the part is small will become small.