Monday, December 28, 2009

Segulung Ijazah Seinfiniti Sumbangan


Isu lapok...Membosankan....
Teori boleh la...Perlaksanaan...
ni semua Retorik...Membosankan...
Sibuk Hal Orang... Life sendiri Macam Mana?

Mungkin membicarakan hal ini seolah-olah memberi pelbagai tanggapan dan gambaran. Namun ia menarik apabila sesuatu yang dibicarakan mencabar minda kita. Apabila ada isu"MENCABAR" barulah wujudnya demokrasi pemikiran dan keihlasan sumbangan. Jika tidak mana mungkin Nabi Musa mencabar Firaun untuk membebaskan pemikiran jahiliah...mana mungkin Mahathir mencabar Tunku Abdul Rahman kerana melihat kepincangan yang ada...mana mungkin Siddharta Gautama mencabar hiariki Hindu kerana ingin melihat kemulian kehidupan manusia...mana mungkin santa clause mencuri enjin pesawat  untuk edar Hadiah krismas opsss silap...mana mungkin Malaysian Maverick di "hold" jualannya jika bukan ada terbongkar rahsia opsssssss lagi-lagi silap...
 

Paparan gambar ini seolah-olah memberitahu ijazah yang ku rangkul selama ini tiada nilainya. Selama 3 tahun aku di rekrut dengan pelbagai teori dan Ilmu, namun tiada nilainya pada masyarakat. Kezaliman, kerakusan, Grandmental Sexual (GS) dan pelbagai lagi menyusul bertalu-talu seperti menyerlahnya keluaran  graduan yang convo dari universiti. Memang kita rata-rata didoktrin dengan pemikiran bahawa kitaran hidup kita seperti ini:

















jika inilah kehidupan yang dirangka dalam tetatif kehidupan kita maka ia tidak MENCABAR. Kita tidak mencabar keupayaan maksima diri kita untuk menjiwai masyarakat. Kita tidak memahami "erti memberi" yang sewajarnya pada masyarkat. Siapa yang ingin dijadikan model oleh sekolah lama kita. Siapa yang ingin dicontohi jika graduan yang berjaya dan sukses ini memencilkan diri.kerana tamak membina kehidupan sendiri......

Masyarakat memerlukan bahan bukti yang jelas bukan lagi teori semata-mata. Bangunlah generasi muda. Berilah sumbangan mu pada masyarakat. Binalah network dan relationship dengan mana NGO dan persatuan yang mengikat ukhwah dan kehidupan mereka kerana inginkan pembangunan insan yang cemerlang dan bukan temberang. "GAH" di sekolah, IPTA/IPTS bukan ukuran jika hampeh dan haprak di "LUAR". Binalah organisasi yang dianggotai jiwa-jiwa seperti ini dan satukanlah buah fikiran untuk dihadam oleh masyarakat.Hegemoni sombong bodoh kita adalah musuh utama yang cuba menyekat kelahiran pencerahan budaya mendidik dan menyumbang dalam kehidupan.

 

No comments:

Post a Comment