Sunday, January 24, 2010

Apa Salahku...Apa Salah Ibuku..Dirundung politik Pilu


Siapa ini
Siapa dia
SAHABAT YANG SANGAT AKU KAGUMI

Mengapa Seekor polis begitu gentar dengan insan ini yang hanya merupakan seorang pelajar...Mengapa mereka ditangkap dan diheret seperti rakyat asing ke balai polis...MENGAPA DAN KENAPA WOIIIIII
Bangga itulah ungkapan yang mampu aku ucapkan....kerana dirimu mampu menggegarkan pasukan polis..walaupun hakikatnya dirimu masih pelajar...namun kerana WORD OF MOUTH dari mu mampu membina UKWAH yang padu sehingga kelakarnya lahir satu topik PIHAK BERKUASA TAKUT DENGAN PELAJAR.....AYUH PELBAGAIKAN LAGI EXIT POINT.....SLAIN DEMONSTRASI KITA PERKASAKAN LAGI JALAN KELUAR YANG LAIN UNTUK MEMBUKA MINDA MASYARAKAT....


Friday, January 22, 2010

Serlahkan Dirimu


"WWAAHHH MEWAHNYA KERETA INI"
MESTI MAHAL
ORANG YANG PAKAI NI MESTI ORANG KAYA

Seronok apabila melangkah ke alam pekerjaan kini. Pelbagai perkara ingin dilakukan dan malahan semua perkara ingin dimiliki dalam masa terdekat. Kereta, Rumah, $ yang banyak, Kerjaya yang selesa, Isteri dan rata-rata lagi keinginan duniawi. Mengapa kita begitu bangga mengatakan semua perkara ini? Kerana semua orang mempunyai IMPIAN dan semua orang berhak memiliki IMPIAN.Namun mengapakah dewasa ini pemuda-pemudi kita hanya layak dikatakan mempunyai IMPIAN kosong ataupun TSK (Team Sembang Kemas). Kerana kita meletakkan diri kita lebih hina dan lebih murah dari besi-besi yang bernilai diatas.
Kita mengatakan BMW 5 series beharga RM500,000.00 sangat mahal....Ferari RM 2, 300 000.00 terlalu mahal namun hakikatnya kita terlupa bahawa NILAI DIRI KITA lebih mahal dari segalanya. Keupayaan dan keistimewaan diri kita masih terlalu banyak tidak diterokai hingga kita terlupa MAHAR diri yang sebenar terlalu bernilai dan tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk WANG.
Mengapa keistimewaan diri gagal diterokai...adakah salah kerajaan kerana AUKU "akan dimansuhkan" hingga Graduan U menjadi mandul berfikir dan bekerja...adakah kerna GST dilaksanakan kita takut buntu mencari jalan keluar membina kehidupan...adakah kerana kekangan PTPTN yang membebankan graduan hingga menjadi penanam anggur berjaya di rumah..ATAUPUN adakah kerna kita sudah selasa bekerja dengan kerajaan atau swasta dan dimanjakan dengan RM 2300 - RM3500 kita lupa peranan pada masyarakat...ataupun adakah kerana kehilangan enjin pesawat angkara prebet bawahan (aikkk kira besar gak kuasa orang bawah ni..pelikkk) menyebabkan kita tiada pekerjaan... 
SEMUA INI HANYA ALASAN DIRI....

Semua ini sebenarnya telah didoktrin kedalam fikiran kita sehingga menjadi bodoh kerana semangat membara berbicara mengenainya namun tiada "EXIT POINT"...Kita tidak mencari jalan keluar...kita tidak berusaha untuk berjaya...kita MALAS...ini lah gambaran sebenar generasi muda sekarang...oiiiiii IJAZAH belum jaminan kau berjaya dunia akhirat...MENGAPA INI TERJADI?
Kerana kita galak selepas SPM bercinta...couple sana sini....zina sana sini...di universiti sibuk mencari pasangan...ikut program yang tidak membina...rigid pada suatu perkara..rempit yang tiada arah tujuan..dadah menjadi menu utama santapan harian...mana pergi UKHWAH kita semua selaku Ummat ISlam...Sedih kerana masyarakat cina dan India boleh bekerjasama sesama mereka tubuh sekolah sendiri...bina universiti sendiri...buat syarikat gergasi sendiri...ada pertubuhan kebajikan masyarakat sendiri...ada bus sendiri...NAMUN KITA?
Tak payah cakap berbakti pada masyarakat kalau diri pun GAGAL DIURUS...bangunlah generasiku...kita bersama membangun ummah...kita bersatu...keluar dari kepompong MELAYU MUDAH LUPA....Perkasakan lah individu MUSLIM mu....bukan sekadar teori namun praktikal bersama...Sekarang ini kita mengemis di negara sendiri...dan tidak mustahil suatu hari nanti kita dihalau dari negara sendiri..
Kita perlu berjiwa besar bukan lagi berjiwa GAMPANG...tiada istilah mudah putus asa...dan inginkah kita lihat generasi 10 tahun yang akan datang masih jahil malah lebih bodoh dari kita angakara sikap dan ego kita yang tidak ingin membina kehidupan bahagia bersama...